Wednesday, October 6, 2010

Kerinduan

hari nie, kali pertama selepas beberapa bulan tak update blog nih...Sudah bergelar tunangan orang..satu langkah ke alam perkahwinan..pada masa yg sama banyak benda yg menganggu fikiran...Acap malam hati ni teringat dan menangis bila terkenangkan Kasih yang jauh dirantau..Tabah dan sabar ya hati...Besar pahalanya....Semakin nk melangkah ke gerbang perkahwinan, hati ni makin berdebar2..memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas..Bersediakah?Untuk gelaran, ya..untuk tanggungjawab...sdang cuba untuk melengkapkan diri. Setiap hari, diri ini berdoa agar akhiran yg baik menanti hubungan kami ini. Hanya redhaNYA didamba untuk hubungan ini. Terlalu rindukannya,Ya Allah. Kasih terlalu berharga dalam hidup Suci sepertimana pentingnya mak abah dalam hidup Suci. Ironi hidup. Bejatan genjatan segala rasa meledak meletuskan asap2 yg masih mengganggu memori. Ini adalah suatu lontaran yg sewajarnya dilupakan. Sangat perlu dilupakan. Cinta dan kasih hanya untuk KASIH...
p/s: sedang mencuba menjadi anak yg membahagiakan ibu bapa..

Friday, July 23, 2010

Hakikatnyer

Dah lame tak post kat sini. Hari nie, terjadi sesuatu yg membuka mata Suci. Cemburu itu membunuh. Dan sebenarnyer Suci tak pasti pasl tu. Mula2 petang tadi memang sangat serabut,sampai mengalirkan air mata, tapi skang dah rasional semula. tersenyum plak bile dapat mesage Kasih n lagu yg ditujukan tuk Suci. Moga hubungan kami mendapat redha Illahi. Moga perancangan kami pada bulan 8 ini, dipermudahkanNYA. YA Allah, bantulah Suci dan KAsih. Kuatkan sayang kasih setia dan kejujuran dalam hubungan kami. I cant afford to lost him anymore. Ya Allah...tenggelamkanlah kami dalam kasihMU, cambahkanlah keimanan dan ketakwaan dalam hati kami,agar hubungan kami diredhai n direstuiMU,Ya Allah. Ku damba restuMU setiap detik perjalanan hidupku, dalam penghidupan ini, dalam hubungan ini. Agar kami menjadi hambaMu yang soleh dan solehah..=)

Wednesday, June 9, 2010

RInDu

Suci rindu pada sahabat lama(entah masih dia menganggap diri ini sahabat). Dirinya dulu pernah Suci sakiti...Kini kami terputus hubungan. Mengetahui khabarnya dari orang lain..Itu cukup untuk mngetahui bahawa dia masih sihat. Hikmah disebalik aper yang berlaku membuatkan Suci sedar yang Suci belum layak jadi kawan baik pada orang lain. Adakah dia juga merindui Suci setelah apa yang terjadi antara kami? Kasih, Suci rindu dia(Kasih tahu siapa kan?) Biarpun dia telah memaafkan Suci tapi pasti masih berdarah luka itu. Bila dia remove Suci, Suci seperti rasakan persahabatan kami telah tiba pada nokhtahnya..Thats d end of it..Emmm...Suci sedar...Cuma Suci berharap dia bahagia dengan hidupnya kini. Amin. Moga dipertemukan untuknya orang yang lebih baik dari Suci sebagai sahabat(rasanya dah ader). Dan lelaki yang baik untuk dijadikan teman hidupnya. Amin. Moga kebahagiaan sentiasa mengiringinya kini. Amin..(Cedey sebenarnya)..Teringat kenangan indah kami bersama dulu..yg kini cuma tinggal kenangan..Itulah hakikatnya..

Wednesday, June 2, 2010

BaRu

Hari ini bermulanya hari dengan hati yang tak tenang. tapi tatkala melangkah msuk ke library hati jadi tenang sangat. Semakin berlalu hari,semakin tenang..Dapat mesage kt fb oleh Kasih cam nk melompat ja rasenyer. Alhamdulillah..Walaupun line asyik putus2 Suci tak berputus asa. Cuba gak sampai berjaya(Boleh guna konsep ni dalam bidang kija). Petang,bila Kasih on9, Suci kuar pi bayaq bil ngan abah..Sepanjang tempoh nak tunggu Kasih on9 nie, ayang berdoa agar hubungan kami dipermudahkan,diberkati dan seterusnya diikat kami dalam hubungan yang diredhaiNYA. Maha Suci Allah, sangat telus jalan hikmahnya sehingga diberikan Suci petunjuk satu persatu. Sayang Suci hanya untuk Kasih dan bukan lelaki lain. Yakin dan percaya pada dia kini..dan selainnya Suci serahkan pada yang Maha Kuasa..

Saturday, May 29, 2010

Sedeyyyy...

Tatkala menulis ini, hati ni bagai menangis, mata dah mula kabur...M tunang orang, tapi manja ngan Kasih. tuturkatanya mungkin biasa pada dirinya, tapi pada aku kedengaran agak manja. Hati mana yang tak sakit..Adakah aku cemburu buta? x, kerana aku punya bukti...Aku takut kehilangan dia...Aper yang perlu aku katakan?hati masih sedeyyy...Ya Allah, janganlah ditutup rasional pemikiran ini hanya kerana komen sebegitu. Janganlah diri ini menjadi mangsa cucukan syaitan akibat ape yg aku baca...tapi sejujurnya...cam hancur rasenyer hati nie...M, tolong,lah, Suci itu kekasihku. Dia juga tau, kerana dia juga tunangan orang yg sewajarnya menjaga tatasusila. bila berbicara dengan lelaki lain...GElak ketawa aku sebelum ini, sebenarnya mengundang tangisan malam ini...Sedeyyy...sanat...

Tuesday, May 18, 2010

Kejujuran

Apa makna kejujuran? Rela memberitahu sesuatu bila berbuat sesuatu.
Ada kaitan dengan keikhlasan dan sikap sebenar seseorang. Bukan hipokrit dan jelas dengan diri sendiri.
Semalam Suci tak jujur bila merahsiakan dengan siapa Suci chat selain Kasih. Biarpun kawan yang Suci chat semalam tu cuma kawan biasa, tapi bila tak cerita kebenaran, mesti orang akan fikir kerapa nk dirahsiakan. Betui? Silap diri sendiri. Blaming myself. mase ni la teringat, ader orang penah becakap,Suci jahat,penipu, n ...... Tapi pada mase tu Suci tak faham aper yang dia cakap. Sekarang Suci faham sikit2. Jangan menipu nanti jadi darah daging. jangan berkata kalo tak leh nak buat.n jangan berjanji kalo tak leh nak tepati. Kawan2 menjauhi ada sebabnya. Sebab aku tak cukup baik untuk jadi rakan atau kawan mereka. Hadir atau tidak aku dalam hidup mereka takkan beri sebarang makna. Hidup matiku takkan meninggalkan kesan. Mungkin ader yg gembira bila aku tiada...pada Kasih, Suci pohon maaf kerana tidak berterus terang..tpi dihati Suci tiada owang lain...Hidup tak bawa makne, mati tidak dihargai.. Mula la nk kate mengarut nie..

Tapi, dapat menulis disini, Suci jadi lega. Apa yang Suci tahu, Suci cinta Kasih n perasaan tu tak pernah berubah. Andai Suci hilang Kasih, itu adalah kehilangan yang tak dapat Suci gambarkan dengan kata. Separuh jiwaku pergi. Suci nk jaga hubungan ni baik2...agar aper yang dirancang boleh jadi kenyataan.

Dulu , Suci pernah wat Jahat, tapi skang Suci dah berubah. Suci nk jadi lebih baik. pada yang membenci Suci n menjauhi Suci, itu hak kalian. Suci takkan halang. mungkin itu salah Suci. Dari dulu, tak pernah rasa confident dengan diri, skang,bila dah bergelar guru, sikit2 Suci cuba improve diri. Biar banyak sangat lintasan menerpa, Suci kuatkan supaya Suci boleh maju kehadapan. Yang penting mereka yg membenci Suci kini bahagia dengan hidup masing2. itu dah cukup melegakan Suci.

"Orang boleh memaafkan tetapi tidak melupakan". itu hakikat....terlalu banyak yang Suci belaja sehingga kini.

yang banyak bagi semangat kat Suci,Kasih.

teringat line dalam poem,
"make sure you mean what you say"

Selagi perangai begini, Suci tak rase boleh menjadi kawan yg baik pada owang lain...,

Moral of the story: Jangan wat canie lagi..Wat orang sakit hati,terasa hati, hilang kepercayaan..=(

p/s: Suci harapkan Kasih maafkan diri ini.Kasih banyak bersabar dengan Suci. itu yg kena Suci hargai

aikkkk...

Malam semalam nk chat ngan kasih, tak ader api..cedey tui rase..Hari nie, time kasih on9 lak, Suci lambat sikit...Kasih dah of9..Cian Kasih menunggu.....Makin rindu kat Kasih...Tabahkan hati nk tunggu kasih balik bercuti supaya apa yang dirancang leh jadi kenyataan. Amin, moga Allaah memudahkan jalan kami. Amin. Suci sangat rindu sama Kasih. Kat sekolah tadi, mati kutu takleh on9..auchhhh...harap malam nie leh chat ngan Kasih. Agaknyer, t, bila dah kawin n Suci kena tinggai bila Kasih pi kursus caner la eq?Huhuhu...

Wednesday, May 12, 2010

ReHaT

Rehat...hari nie, dapat tido yang lena.hehehe...2 jam...leganyer.. Kenapa blog lebih menjadi tumpuan berbanding fb? Ssshhh..rahsia. Setakat ni banyak kekurangan untuk diperbaiki. Banyak kelemahan untuk diperbetulkan. Yang penting, rindu kat Kasih. Apa yang kasih katakan semalam memang menyedarkan Suci. Jadi pasni jangan wat lagi. Am I relying on other's shoulder in this matter. All this time, I never knew that I can stand by my own(Am I?) Self-criticism..something that I should avoid on. Ya Allah, make me a stronger person. A person who can be independent, responsible, lovely,white hearted, and all think about positive things all d way. Its not impossible, yet not hard to achieve if determination is my priority. Miss my army-like training. Miss those time...really. Friends at that time.

p/s: I am missing him,dearly. Kasih is my source of inspiration after my parents. Waitin 4 u,dear..

Tuesday, May 11, 2010

Walang

Tiba-tiba rase sedih sangat. Hati jadi walang, jiwa jadi sebak. Ape yang tak terluah, Suci tak tahu. Dah lame Suci cuba elak rase seperti ini, tapi malam nie, Suci tewas jua. Sekali lagi. Berderai lagi malam nie. Ya Allah, bantulah Suci. Kadang tak terasa terdaya melangkah...Janganla jadi ini kekalahan Suci dalam hidup ini. Suci bukan selemah ini....

EmMmM...

Mungkin benar apa yang Suci rasa ini, mungkin tidak. Hanya petunjuk Illahi yang Suci pinta. Berderau darah baca tadi..Demi Allah, kalau ditujukan pada Suci, maybe salah Suci kerana mula rasa lain macam. Tetapi biasanya firasat Suci jarang salah lebih2 lagi berkenaan dengan hal2 nie. Tak semua yang kita baik dihadapan, juga baik dibelakang kita.(Mengingatkan Suci pada sesuatu).
Jelaskanlah Ya Allah, apa yang kabur, agar aku bisa mengerti segala-galanya. Suci belajar tentang sesuatu perkara, tidak semua orang berani menyatakan rasa tidak puas hatinya dihadapan kita, sebaliknya ramai yang mengatakan tentangnya dibelakang kita. Takpelah kalo itu bahagian Suci. Tapi Demi Allah, Suci sangat teringin untuk mengetahui apa kata-kata mereka tentang Suci dibelakang Suci. Maha Suci engkau Ya Allah. Dalam yang tersurat,tersirat, KAU meletakkan hikmah yang tersembunyi untuk memberikan padaku sesuatu yang dinamakan PENGALAMAN.

Alhamdulillah

Alhamdulillah,aku disedarkan sewaktu aku lalai..
Alhamdulillah, aku disedarkan sebelum lanjut melakukan salah
Syukur kerana aku tidak terus terjerumus lebih dalam ke mana2 lembah
Syukur kerana masih diberi ruang untukku memperbaiki diri
Syukur Ya Allah kerana menyayangi diri ini
Syukran Ya Allah kerana masih memberi diri ini peluang
Syukran Ya Allah kerana menemukan aku dengan sidia yang bakal menjadi suamiku
Syukran Ya Allah kerana perancangan ini
Syukran Ya Allah kerana kini jiwa ini semakin tenang..

p/s: Cam nak melompat2 ja...Toing2...=)

AktiViti BaRu

TErapi terbaru Suci yang baru tapi berkesan. Sangat melegakan. Alhamdulillah. Syukor sangat. Sebenaqnya...Syukran Ya Allah atas pemberian ini. Alhamdulillah..

Monday, May 10, 2010

sEkArAnG

Apa yang Suci rasa sekarang? Emmm...susah nk digambarkan...Nk edit ketas soalan. Huhu..Chayo2...Dah lame, sekarang Suci rasakan betapa bermaknanya Kasih dalam hidup Suci. Merindu owang yang jauh dimata tapi dekat di hati..Hehehe...Alahai diri ini, apa yang dikau rasakan sekarang? Hati bisa berdiam. Tenang, ulasnya sekali nafas. Ada resah bertubir tapi tak diketahui apa dan mengapa. Bercampur bukan?
Setakat menerkap jarang..Benar, itulah apa yang Suci rasakan. Yang penting, nanti, masanya akan tiba masing2 mendapat kebahagian masing2. Untuk Suci dan Kasih , selalu Suci panjatkan padaNYA agar dimudahkan urusan kami, mudah perjalanan kami membina hubungan yang sah disisiNYA n diberkatiNYA. Makbulkanlah doa hambaMU ini Ya Allah..

p/s: Rindu lagi. .8bln 19 hari.Terus menghitung hari..huhuhu...Alhamdulillah Allah sentiasa membimbing Suci. Janganlah disesarkan Suci setelah kau berikan Suci hidayah.

HaRi InI

Makin beranjak hari..Makin banyak yang Suci belajar. La nie ngah FB jb ngan Kasih. Lepas rindu. Hehe..Maklumlah orang jauh di rantau owang..Hari nie juga Suci belajar tentang hidup. Tentang menerangkan apa yang kabur. Tentang pergaulan...Tentang kerja dan komitmen....Suci makin tenang dari hari ke hari. Alhamdulillah. Syukur pada Illahi atas pemberiannya ini. Ya Allah, teruslah letakkan diri ini pada landasanmu yang lurus lagi diredhai. Amin..

Saturday, May 8, 2010

KeteNanGAn

Rentetan kesilapan lalu banyak mengajarku. Kesilapan yang membuatkan Suci pd usia 25 menjadi lebih matang. Disini, Suci meluahkan apa yang Suci rasakan. Rakan2 di fb Suci ikuti kisah mereka tanpa mengikuti dengan memberi sebarang komen. Suci bahagia melihat mereka bahagia. Alhamdulillah. Pada insan yang pernah menjadi sahabat baik suci juga, suci rasakan dia kini bahagia dengan insan tersayang. Walaupun dia telah meremove Suci dan Kasih dari fbnya, Suci tau, dia buat itu semua untuk kebaikannya. Terdapat hikmah disebalik semua kejadian ini, yang Suci mulai fahami sedikit sedikit. Alhamdulillah, kini, semakin rasa tenang diri Suci. Semakin tabah menanti kepulangan Kasih..lagi 8 bulan 22 hari...Maha Suci Allah memberikan hidayah pada Suci untuk merasai ketenangan ini yang membuatkan Suci tidak lagi serabut dengan kisah lalu dan lebih bersemangat menjadi pendidik yang baik dan berwibawa pada anak didik dan pekerja yang menjalankan tugas sebaiknya kepada pentadbir dan menjaga hubungan baik dengan setiap rakan sekerja. Suci mula menyedari perlahan-lahan. Suci berterima kasih pada yang pernah berkata kebenaran yang pahit,yang kini buat Suci sedar segalanya. Apa yang Suci rasai hanyalah ulangan dari apa yang pernah dilalui orang lain. Disini, Suci mohon maaf pada hati2 yang pernah Suci sakiti. Biarkan mereka tak mendengar, tapi itulah yang Suci pohon dari mereka sehari2..Pada mak abah adik2 dan Kasih yang menjadi penyokong Suci terima kasih Suci ucapkan atas sokongan kalian. yang tanpanya tak mungkin Suci masih berada disini sekarang. Happy Mother;s Day mak. Love u alot. =)

Wednesday, May 5, 2010

ALHAMDULILLAH

Berakhir sudah aktiviti untuk hari ini. Sumenyer berjalan lancar. Suci ucapkan terima kasih kepada cikgu yang memperkenalkan Suci dalam bidang ini. Hari ini bertambah lagi kenalan Suci. Berkongsi pengalaman orang. Emm..cam2...Apa Suci rasa, Suci sangat beruntung sebab masih ada family disamping Suci. Lepas kehilangan sahabat, Suci tak pasti bolehkah Suci menjadi kawan yang baik pada owang lain. Suci jadi confuse sendiri. nak kuatkan dalaman. Badan masih lemah. Camer la nie...Suci teringat kilas2 apa yang orang lain kata. Kekadang kata-kata keras boleh menyedarkan Suci dalam bidang ini. Dalam hidup ini. Apa yang berlaku, tak boleh diundur. Cuma Suci harap selepas ini, Suci lebih berhati2 dalam menjaga hati orang lain. Suci rindu kasih. Takda mesage lagi. Suci rindu teramat.....Miz U alottttt........

Tuesday, May 4, 2010

Kerinduan Masih Mendalam

Hari ni hari ke5 Kasih menjalankan tugasnya diperantauan. RIndu dalam hati Allah sahaja yang tahu. Buat masa sekarang, Suci cuba bzkan diri ngan kija2 kat skol. If not, I'll keep thinking of Kasih. Now, I know that my love for him is the one that i'm looking for for a person who will b my life partner later. Mizz him dearly. I get the calmness that i want, slowly...Alhamdulillah, with Allah's guidance and support from my family, im feeling alive, again. I know my family is the biggest treasure that i have so far. My love for him, huhuhu...I keep on thinking of his smile, his soft spoken words, his soothing advice, really makes me miss him very much. Im now hoping that our plan for engagement will go on, smoothly. Sayang, mizzzzzzzz uuuuu alotttttt.....

Monday, May 3, 2010

RiNDu

Hari nie, hari ketiga Kasih di perantauan. Suci rindu sangat sama Kasih. Dugaan orang berkasihla katakan. Suci masih memikirkan apa yang berlaku antara Suci dan bekas sahabat baik dulu. Akibat sifat kasih, hubungan kami lerai. Suci juga sedar ini salah Suci. Pada dia, luka itu masih berdarah walaupun telah lama berlalu. Suci faham itu. harapan Suci agar dia bahagia disamping orang tersayang walaupun kini dia telah memutskan hubungan dengan Suci untuk kebaikannya. apa yang perlu Suci katakan, masih ada rasa bersalah dalam diri ini. Masih, sehingga kini. Tapi masa tak boleh diundur. Suci belajar, banyak perkara yang mematangkan Suci. hari ini dalam kelas, Suci marahkan pelajar. Geram dengan perangai mereka. Sakit hati..Entah salah ajaran Suci selama ini. Tapi pada Suci banyak benar peluang yang Suci berikan. Ya Allah berikanlah Suci petunjuk untuk melakukan apa yang terbaik untuk mendidik anak pelajar Suci. Sekalipun, terpaksa melakukan cara ketegasan. Yang penting,mampu mendidik mereka menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran dan hidup. Tiada guru yang tidak ingin pelajarnya berjaya. Sungguh. Tapi ada kala tercetus juga dalam diri hendak membiarkan. tapi bila sakit hati...tapi pikir pasai tanggungjawab, Suci kuatkan juga. Biarlah sekurang-kurangnya anak didik Suci mendapat sesuatu dapi pengajaran Suci. Itu yang Suci mahukan. Lagi pulak, bulan ini, mereka akan berhadapan dengan peperiksaan pertengahan tahun. lagila Suci risau. Ada satu pelajar yang membenci Suci sepenuh hati, tapi Suci tak tahu, kenapa. Kekadang tindak tanduknya yang keras hati buat Suci sangat terasa hati. Sampai ada Suci berkata, andai sikap ini berterusan, takkan lulus subjek Suci langsung...Geram benar dengan dirinya. Kini, tiap kali hari yang Suci mengajar dalam kelas, dia takkan hadir kesekolah. Entah benci apa yang dipendam pada Suci, Suci tak tahu. VBoarlah dia dengan kebenciannya. Suci dah tak nak pikir. Terlalu terasa hati dengan perangainya dan terlalu tawar hati untuk bersua dengan dia. Pasti dia juga begitu. Biarlah dia buat apa yang dia mahu. Suci tak mahu lagi fikir tentang itu. Suci sayang anak-anak didik Suci kadangkala mereka tak sedar apa yang Suci buat adalah untuk kebaikan mereka. Sedarlah wahai anak didikku. pada yang sentiasa memberi perhatian, cikgu ucapkan terima kasih. Pada yang masih alpha, sedarlah. Suci hanya mahu elihat mereka berjaya.

p/s: Kasih rindu sangat dengan Kasih. Ada lagi 8 bulan 27 hari untuk menanti kepulangan Kasih.=(

Sunday, May 2, 2010

HaPPy

Happy sangat hari nie, dapat message dari Kasih. Dia pun rindu sangat Suci. Suci pun rindu sangat kat Kasih. Skang Kasih kat Itali. Ya Allah, cepatla berakhir tempoh 9 bulan nie...wait 4 him. Miz him dearly...

Saturday, May 1, 2010

HaRi BaRu

Alhamdulillah, hari ni dipanjangkan umur lagi sehari. Bangun pagi nie, Suci rase 50-50. Ape yang jadi semalam masih bersarang dikepala. Tapi Suci pasti Allah lebih bijaksana perancangannNya untuk HambaNya. Sekarang Suci buka hati seluasnya untuk meneruskan hidup ini dengan Kasih yang jauh di perantauan. Suci rindu. Huhu... Memang Suci akui Suci tak ramai kawan, tapi Suci sedar, mungkin itu salah Suci. Apakandaya...Moga Allah kuatkan hati Suci. Yang penting, Suci bahagia berada di samping mak abah and adik2. Semalam nasihat mak menenangkan hati. Alhamdulillah. Ya Allah benarkanlah Suci merasai kemanisan Iman dan bertaqwa kepadaMu. Amin..

p/s: Moga tempoh pemergian Kasih kesana cepat berakhirnya kerana Suci rindu Kasih.

CeLaRu

Setelah direject, aku rasa sedih. tapi aku tau sebab tindakan itu adalah kerana aku. Dia xmampu lagi memendam rasa, lantas memutuskan hubungan sebagai kawan. Selayaknya untuk masa sekarang, Suci tidak sesuci dulu kerana tercalar dek kesalahan pada teman dulu. Suci yakin dia telah merasakan ini masa untuk memutuskan hubungan ini lantaran apa yang pernah terjadi antara kami, dulu. Suci harapkan dia bahagia n cepat berumahtangga. Pasti kisah itu masih pekat disudut hatinya. Suci dapat tau, kerana Suci sendiri merasakannya. Dia telah memaafkan Suci tetapi tidak akan melpakan sejarah hitam kami itu. Ya Allah, bantula Suci dalam hal ini. Suci telah memutuskan sillaturrahim. Pada dia, pasti Suci tidak berguna. Sedih bila mengingatkan, tapi Suci tahu itu, adalah salah Suci. Kini Suci bahagia bersama Kasih . Suci harapkan dia juga bahagia sekarang dengan pasangannya. Pada rakan2 yang mengetahui kisah ini, pasti Suci dibenci. Suci dah buka hati seluasnya menerima apa jua kata2 orang...Suci belajar dari pengalaman. Dari sini, Suci belajar kasih sayang, kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran...Ya Allah, kuatkanlah hati ini. Suci terus kehadapan kerana mak abah, adik2 dan orang2 yang Suci sayangi. Pada Kasih, Suci rindu tak berhubung. menanti lagi 8 bulan 28 hari, menyeksakan bagi Suci. Huhuhu...Biarlah jarak ini merapatkan hubungan kami dan berakhir dengan hubungan yang Engkau redhai. Amin...

Friday, April 30, 2010

SuAra HatI

Aku akui aku insan biasa yang cuba menjadi lebih baik dari hari semalam. Bila mengetahui ada kata-kata orang kat belakng, kau cuba refleks kembali diri. Mungkin benar salah aku, komunikasi kurang, atau tingkah yang kurang menyenangkan. Lantas pada waktu2 itu Kasih selalu memberi nasihat, membakar semangat. Mak abah sentiasa menjasi pendorong setia dengan nasihat2 yang tak pernah aku lupakan. Tapi bila kena kutuk, aku jadi senyap kejap. Memang ada betui kadang-kadang kena abaikan tapi kadang2 kena pikir juga. Hidup semua tentang KERJASAMA and TOLAK ANSUR. Pernah mungkin sejarah dulu banyak mengajarku untuk hidup bermasyarakat dan aku kini memulakannya secara perlahan2. Orang yang selalu kelu lidah macam aku, emmm...caner nk mula eq...Moga aku diberi kekuatan oleh Allah untuk MUHASABAH diri ini agar selalu memikirkan SENSITIVITI orang lain sebelum berbuat sesusuatu. Itu amat penting...Moga ALLAH bimbing aku terus ke jalanNYA yang lurus.AMIN.

p/s: MEnanti kepulangan kasih(8 bln 28 hari)

PeRmuLaaN

Alhamdulillah..permulaan untukku disini. Kehidupanku kini mencari apa yang hilang, mengapai apa yang tertinggal, menanti Kasih untuk pulang ke sini..Menanti penuh kesabaran...satu tuntutan yang pasti aku akan penuhi...Maha Suci Allah membenarkan aku hidup selama ini dengan memberi peluang kepadaku merasai pelbagai pengalaman yang mematangkan. Yang penting, kini aku punyai ibu ayah dan adik-adik yang sangat berharga. Kasih yang sentiasa memberi sokongan. Suci di sini menanti kepulanganmu.