Monday, May 3, 2010

RiNDu

Hari nie, hari ketiga Kasih di perantauan. Suci rindu sangat sama Kasih. Dugaan orang berkasihla katakan. Suci masih memikirkan apa yang berlaku antara Suci dan bekas sahabat baik dulu. Akibat sifat kasih, hubungan kami lerai. Suci juga sedar ini salah Suci. Pada dia, luka itu masih berdarah walaupun telah lama berlalu. Suci faham itu. harapan Suci agar dia bahagia disamping orang tersayang walaupun kini dia telah memutskan hubungan dengan Suci untuk kebaikannya. apa yang perlu Suci katakan, masih ada rasa bersalah dalam diri ini. Masih, sehingga kini. Tapi masa tak boleh diundur. Suci belajar, banyak perkara yang mematangkan Suci. hari ini dalam kelas, Suci marahkan pelajar. Geram dengan perangai mereka. Sakit hati..Entah salah ajaran Suci selama ini. Tapi pada Suci banyak benar peluang yang Suci berikan. Ya Allah berikanlah Suci petunjuk untuk melakukan apa yang terbaik untuk mendidik anak pelajar Suci. Sekalipun, terpaksa melakukan cara ketegasan. Yang penting,mampu mendidik mereka menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran dan hidup. Tiada guru yang tidak ingin pelajarnya berjaya. Sungguh. Tapi ada kala tercetus juga dalam diri hendak membiarkan. tapi bila sakit hati...tapi pikir pasai tanggungjawab, Suci kuatkan juga. Biarlah sekurang-kurangnya anak didik Suci mendapat sesuatu dapi pengajaran Suci. Itu yang Suci mahukan. Lagi pulak, bulan ini, mereka akan berhadapan dengan peperiksaan pertengahan tahun. lagila Suci risau. Ada satu pelajar yang membenci Suci sepenuh hati, tapi Suci tak tahu, kenapa. Kekadang tindak tanduknya yang keras hati buat Suci sangat terasa hati. Sampai ada Suci berkata, andai sikap ini berterusan, takkan lulus subjek Suci langsung...Geram benar dengan dirinya. Kini, tiap kali hari yang Suci mengajar dalam kelas, dia takkan hadir kesekolah. Entah benci apa yang dipendam pada Suci, Suci tak tahu. VBoarlah dia dengan kebenciannya. Suci dah tak nak pikir. Terlalu terasa hati dengan perangainya dan terlalu tawar hati untuk bersua dengan dia. Pasti dia juga begitu. Biarlah dia buat apa yang dia mahu. Suci tak mahu lagi fikir tentang itu. Suci sayang anak-anak didik Suci kadangkala mereka tak sedar apa yang Suci buat adalah untuk kebaikan mereka. Sedarlah wahai anak didikku. pada yang sentiasa memberi perhatian, cikgu ucapkan terima kasih. Pada yang masih alpha, sedarlah. Suci hanya mahu elihat mereka berjaya.

p/s: Kasih rindu sangat dengan Kasih. Ada lagi 8 bulan 27 hari untuk menanti kepulangan Kasih.=(

No comments:

Post a Comment